Christmas sana-sini

Perayaan Natal 2008, banyak memberi kenangan yang cukup enjoy terutama kepada kanak-kanak..kerana masa itulah mereka akan mendapat banyak hadiah dari orang yang sentiasa mengingati mereka....

Memang ini sudah menjadi lumrah adat, setibanya musim natal pasti ada antara kita yang teringatkan hadiah...adat resam bertukar hadiah juga sudah menjadi kemestian kepada mereka yang suka mengadakan permainan ini..

Sebagai contohnya di tempat saya bekerja sendiri..iyalah asal masuk saja bulan Disember, pasti ada signal....faham-faham saja....Iya..baru-baru ini saya menerima dua hadiah (baju dan tuala) cukup hebat sebab kedua-dua keperluan itupun memang saya mahu tukar..he..he..he

Ala...tiada pulak gambar yang boleh membuktikan saya menerima hadiahs...sorry next yearlah saya kasi rakam...itupun kalau masih ada yea....

Bah ini sajalah menu untuk penghabisan tahun....jumpa di lembaran Januari 2009, pastikan ada berita terkini sentiasa.....chow



Antara yang menarik di Melaka- Menara Taming Sari, Eye Of Malaysia dan Christ Church Melaka

Naik beca dululah...oppss untuk ambil gambar sajabah, tidak berjalanpun...hee..hee

saya di pintu gerbang 'Medan Portugis', baru siap makan ni, tapi ada juga orang sibuk dibelakang pulak...

Cerita-cerita dulu ah...

Tanggal 5hb-8hb Disember yang lalu, rombongan pejabat kami telah mengadakan lawatan muhibbah ke Kuala Lumpur. Dalam lawatan selama empat hari tiga malam itu diwarnai dengan pelbagai kejadian yang boleh dikatakan menyeronok jugalah untuk dikongsi bersama.

Hari pertama sampai, kami terus ke PutraJaya atas lawatan rasmi ke Pejabat Tan Sri Bernard Dompok (menteri di jabatan perdana menteri), dalam lawatan yang memakan masa setengah jam itu kami diberi sedikit taklimat, tetapi masa kami sampai di pejabat Tan Sri, beliau sedang menghadiri mesyuarat kabinet....jadi kami dilayan oleh Setiausaha Politik beliau sajalah...itupun memadai bagi kami...Penat-penat pun masi boleh 'steady' bah.

Lepas itu kami dijamu selera dengan makanan laut di Seafood Restaurant,Putrajaya...Sedap memang sedap...

Habis lawatan rasmi, kami singgah sekejap di Pusat membeli-belah di kawasan Putrajaya juga...."ALAMANDA", disana sempat juga saya beli 'sandal BATA'...harga berpatutan jugalah...yang penting kaki tidak penat kalau asyik pakai 'High heel'(ini gara-gara mau nampak smart masa lawatan ke Putrajaya saja bah).

Saya ingatkan hotel yang kami akan tinggal dekat-dekat, rupanya di pusat Kotaraya pulak, dekat Petaling Street lagi tu..jadi kepenatanpun hilang...buang beg dalam hotel saja terus merayau sampai malam.....

Kita kasi pendek ceritalah....Esoknya...rombongan kami mengadakan lawatan sehari ke Bumi Bersejarahlah kunun...MELAKA...yah!!disanalah kami berseronok sakan...melawat macam-macam....tidak lain tidak bukan tentulah tugu peninggalan orang Portugis.."A'Famosa", okay jugalah...walaupun banyak artifak lama yang sudah usang, tapi masih lagi nampaknya dia punya...lagenda....Naik beca, lawatan ke Christ Church Melaka (yang dibina pada tahun 1753), dan banyak lagilah...kamu tingoklah nanti gambar yang saya sempat rakam...Nah..ini yang best mau kasi cerita ini..kamu tau.. kami makan tengahari kan di Sebuah Perkampungan Orang Portugis..disana kami dijamu pelbagai jenis masakan ala Portugis....sedap memang sedap...okaylah..yang penting 'TETAPUN PEH MAKANAN ORANG PORTUGIS'.

Dalam perjalanan balik ke KL, kami sempat singgah di daerah Nilai, Negeri Sembilan..disana kami diberi 1 jam untuk membeli-belah...Gedung Kain yang terbesar di Negeri Sembilan (Nilai 3, rambang mata jugalah sikit-sikit...nampak kain yang begitu murah harganya berbanding di negeri kita. Ada beberapa helai kain jugalah yang saya beli....Walaupun persinggahan kami di Nilai 3 Negeri Sembilan sangat singkat, namun saya dapat rasakan yang perjalanan sehari kami itu memang berbaloi...

Kasih pendek cerita lagi.....Esoknya 7hb Disember (ahad), sebelum lawatan seterusnya, kami sempat menghadiri MASS di St John Cathderal KL, sorry tempat suci ini tidak sempat saya rakam(terlupa bawa kamera bah)...sedih...Lepas MASS, kami balik hotel sekejap, sambil menunggu lawatan ke City Tour...lawatan sekitar kotaraya KL (Twin Tower, KLCC, dan Convention Hall), dan membeli-belah disekitar Sungei Wang...itu sajalah yang kami buat sekitar 7hb....kasi abis duit, tapi enda juga pandai abis....(barangan hampir sama dengan Sabah, jadi beli yang tiada di Sabah sajalah...)

Tanggal 8hb, kami berangkat balik Sabah, penerbangan kami tepat jam 2.25pm, tapi kena delay setengah jam, sebab cuaca tidak berapa baik...Oh yah hampir saya terlupa..Sepanjang lawatan kami di Semenanjung, kami dieskot oleh Bas Pelancong (BUMI KENYALANG TOUR AND TRAVEL AGENT)...okaylah...tiada apa-apa yang berlaku sepanjang lawatan kami itu.

Bagi saya ini merupakan trip lawatan yang memang banyak memberi saya maanfaat yang berguna...dan bonus bagi diri saya serta kawan-kawan yang lain....Sekian dan rehat-rehatkanlah mata anda dengan gambar-gambar yang saya rakam ini kio....

during my trip to A' Famosa Melacca...me and my friends

Kamu tingok si Flora pun sibuk kunun...haiii...beginilah kalu hujung taun, semua pun mau kana kasi bersih

Hari kesibukan membersih ofis